Wednesday, 25 March 2015

Polis akan siasat editor Roketkini!!MATI LA KAU ROKET DAP KOMUNIS!!



KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar melalui laman sosial Twitternya berkata, polis akan memanggil pengarang Roketkini berhubung satu artikel yang dikongsi di Twitter menuduh polis menjadi "pak turut" Umno. 
 
Ujar Khalid lagi, polis mahu pengarang Roketkini membuktikan tuduhan yang dibuatnya.
 
"Elok lah @roketkini hentikan Fitnah dan Hasutan begini. @PDRMsia akan panggil Editor untuk kemuka bukti tuduhan ini," menurut tweet yang dikirim Khalid berserta dengan "screenshot" tweet Roketkini.
 
Tweet Roketkini itu dihubungkan dengan satu artikel bertajuk: "Demo anti-GST: Sampai bila Polis nak jadi 'pak turut' Umno?"
 
Artikel itu memetik Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago sebagai berkata, tanggungjawab kerajaan ialah untuk mendengar masalah rakyat, bukan mengarahkan polis menangkap individu yang menentang ketidakadilan.
 
Kelmarin puluhan aktivis dan pemimpin Pakatan Rakyat (PR) termasuk Pegawai Pejabat Charles iaitu Jay Jay Denis telah ditangkap selepas enam jam berada di Jabatan Kastam.
 
Sebelumnya, mereka merancang bermalam di kompleks Kastam itu sebagai membantah GST yang bakal dikuatkuasakan 1 April depan.
 
Antara ditahan di Kelana Jaya termasuk aktivis Wanita DAP Syefura Othman, Ahli Parlimen Kuala Krai Dr Hatta Ramli, Pensyarah Kanan Akademi Sosial Demokrasi Hew Kuan Yau, Ahli Parlimen Sungai Siput Michael Jeyakumar Devaraj dan lain-lain.

No comments:

Post a Comment