KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyampaikan ucapan takziah kepada anggota keluarga dan rakan kepada penumpang dan anak kapal penerbangan Germanwings Airbus yang terhempas di Perancis, semalam.
"Ingatan dan doa saya bersama anggota keluarga dan rakan-rakan yang menaiki Penerbangan 4U 9525 Germanwings," katanya melalui catatan terbaru dalam Twitter pada hari ini.
Jet penumpang terbabit terhempas berhampiran kawasan gunung di French Alps, meragut nyawa kesemua 150 penumpang pesawat itu termasuk 16 kanak-kanak sekolah.
Setakat ini kotak hitam pesawat terbabit sudah ditemui dan operasi mencari masih diteruskan.

No comments:
Post a Comment