Sunday, 29 November 2015

DOSA TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN!

Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau tidak boleh tanggung dosa jika terus berdiam dalam hal RM 2.6 bilion masuk ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri.

Sebenarnya Tan Sri tidak perlu menanggung dosa jika ada penyelewengan wang rakyat dari derma RM 2.6 bilion itu kerana ia tanggungjawab Mohd Najib Tun Razak.

Yang patut Muhyiddin risaukan ialah dosa beliau sehingga gagal memantau dan mengawasi pinjaman RM 250 juta untuk lembu feedlot NFC yang akhirnya gagal dibawah pengawasan beliau sebagai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani ketika bersetuju dan meluluskan program tersebut.

Muhyiddin juga ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri telah diberi kuasa menyelesaikan kemelut ini tetapi sehingga beliau digugurkan tiada apa penyelesaian dan ketelusan pun timbul.

Muhyiddin juga patut bercakap soal dosa beliau meluluskan peruntukan Bestari net RM 633 juta kepada YTL semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran yang sehingga hari ini dianggap gagal mencapai matlamat. Ada yang menyatakan ia mencecah RM 1 bilion lebih kemudiannya.

Ketika Muhyiddin mahu bercakap soal dosa RM 2.6 bilion yang telah disahkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai tiada kaitan dengan dana kerajaan, bekas Timbalan Perdana Menteri mungkin perlu bercakap soal dosa sendiri.

Sebagai seorang muslim yang berada di penghujung usia tua, eloklah bercakap soal dosa sendiri dan mencari kemaafan berbanding berterusan bercakap soal “dosa” orang yang belum tentu benarnya. Eloklah Muyiddin bercakap soal dosa RM 250 juta dan RM 1 bilion di bawah pengawasannya terlebih dahulu.-MYKMU.NET

YUS JAMBU MENINGGAL DUNIA

Dalam kemaskini terbaru menerusi Facebook tengah malam ini, Afdlin Shauki telah menyampaikan berita sedih apabila Yus Jambu atau nama sebenarnya Yussry Bin Edoo, 39 telah pergi meninggalkan kita semua.

UPDATE-1: Maklumat awal mengatakan Yus Jambu mengalami sesak nafas di Hospital Selayang.

Punca dan sebab pemergian pelawak popular ini masih belum diketahui dan berita sedih ini sangat mengejutkan ramai pihak ketika ini. al-fatihah dan takziah buat keluarga Yus Jambu.

Wednesday, 25 November 2015

SEKATAN MEDIA PADA PERSIDANGAN UMNO KALI INI?APA DAH JADI??

Keputusan muktamad belum dibuat sama ada Perhimpunan Agung UMNO 2015 akan berlangsung secara tertutup tanpa liputan media, kata setiausaha agung parti itu Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Beliau berkata sekiranya media mengawal tatalaku mereka dan tidak memutarbelitkan cerita, UMNO mungkin membenarkan mereka membuat liputan.

“Sebab, masalahnya ialah kerana anda semua. Apabila kami adakan perhimpunan secara terbuka, anda suka pilih cerita dan putar belit cerita tentang kami. Kalau anda boleh jaga perangai, saya juga boleh buat begitu. Saya boleh membukanya kepada anda semua.

“Tunggulah sekejap. Kami akan beritahu keputusannya kepada anda. Jangan bimbang, belum lagi, keputusan belum dibuat lagi. Saya akan maklumkan kepada anda tidak lama lagi,” katanya kepada pemberita di lobi Bangunan Parlimen di sini, hari ini.

Dalam sidang akhbar terdahulu, Tengku Adnan berkata UMNO membuat keputusan bahawa perhimpunan agungnya pada bulan depan akan diadakan secra tertutup tanpa liputan media termasuk media arus perdana, bagi mengelak berlakunya manipulasi berita.

Menurutnya ada kecenderungan dalam kalangan media khususnya media dalam talian dan portal berita untuk menyiarkan berita tidak betul dan memutarbelitkan fakta.

Kemudian, Naib Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri berkata keputusan itu belum dibincangkan Majlis Tertinggi parti.

Tuesday, 11 August 2015

BONGKAR!!! Mengapa Timur Tengah Derma 2.6 Billion Kepada Najib

SURAT TERBUKA UNTUK UMAT ISLAM MALAYSIA

Sejak mengambil alih jawatan sbg PM, perkara utama yang telah dilaksanakan oleh Najib adalah untuk mendamaikan negara dan umat Islam yang bertelagah.

Dalam kemelut dan situasi politik yg berlaku sekarang kami sebagai aktivis ummah duduk berdiskusi dan cuba melihat drp sudut persepsi serantau.

Menyelak, mengkaji dan cuba membaca senario dunia yg sedang berlegar drp dulu hingga kepada kemelut mutakhir yg sedang berlaku.

PM Najib telah berjaya mengatur pertemuan Fatah dan Hamas di Kuala Lumpur, selepas pengeboman berhari-hari di Gaza oleh Israel di saat para pemimpin negara Islam yg lain sekadar melihat dan tidak melakukan apa-apa tindakan yg sepatutnya.

Malaysia secara langung atau tidak langsung telah memberikan pelbagai bantuan kepada umat Islam Palestin bagi memulakan semula kehidupan mereka selepas dimusnahkan Israel. DS Najib juga menjadi PM Malaysia dan antara pemimpin dunia Islam yg berani menghadapi risiko masuk dan berjumpa pemimpin HAMAS di Gaza.

Beliau juga berusaha menamatkan konflik 70 tahun umat Islam di Selatan Filipina yang ditembak oleh peluru kerajaan negara itu.

Kuala Lumpur menjadi penyelaras kepada pendamaian dan menubuhan wilayah Bangsa Moro di Selatan Filipina dan diharap dengan pendamaian di situ masalah PATI di Sabah juga akan selesai.

PM Najib memainkan peranan utama menyelesaikan konflik 50 tahun Selatan Thailand, di mana umat Islam di negara itu mendakwa didiskriminasikan berbanding rakyat Thailand di utara negara Gajah putih itu.

Wujud konflik agama dan pemberontakan, Kuala Lumpur sekali lagi memainkan peranan utama ke arah pendamaian di Selatan Thailand.

Mungkin ada yang mendakwa zaman Tun Mahathir jadi PM dulu dia buat perkara yang sama.

Untuk rekod, masa zaman Dr Mahathir jadi PM, semua bantuan kepada umat Islam Filipina, Palestin, Bosnia, Selatan thai dibuat secara rahsia, dan lebih berorentasikan memperkasa pertahanan umat Islam bukan orentasi perdamaian seperti PM Najib.

PM Najib berani mengambil risiko untuk ‘rock the boat’ dengan mengusulkan berbagai pendamaian di wilayah Islam termasuk di Palestin antara Fatah dan Hamas.

Keberanian beliau sudah pasti mengundang dua perkara, pertama sokongan drp pemimpin-pemimpin umat Islam di seluruh dunia (kita lihat perubahan pandangan terhadap Najib dikalangan pimpinan PAS).

Kedua, serangan daripada musuh Islam seperti Israel (yg mahu Anwar jadi PM), para pelobi Yahudi seperti media sosial mereka WSJ, dan para pembuat senjata yang rugi jika wujud pendamaian di wilayah bergolak selama puluhan tahun.

Baik, drp sudut logik ini, jika kami seorang multibillioner Arab dan berkawan dengan PM Najib, melihat kpd sumbangannya kepada Islam dan perdamaian sejak menjadi PM, apakah susah saya mahu memberikan sumbangan kepada beliau?
Mari bertanya kepada diri kita, jika bertemu dengan kawan yang berani ke depan dalam memperjuangankan apa yang kita mahukan, tapi tidak berani lakukan secara terbuka, dan beliau perlukan dana.

Apakah kita akan berikan, kerana kita tahu itulah caranya melakukan amal jariah atau infak untuk kepentingan umat.
Ingatlah saudara-saudaraku bhw kita berada di dunia akhir zaman. Dunia yg segala fitnah dan cerita rekaan disebar luaskan khasnya melalui media sosial sehingga kita menjadi keliru antara kebenaran dan kepalsuan.

Mungkin PM Najib bukanlah PM yg terbaik namun kita harus bersama-sama mempertahankan kedaulatan Islam drp diserang drp segala sudut yg akhirnya akan merugikan kita.

Jadikan sejarah kejatuhan sistem Khalifah Uthmaniah Turki di mana ianya digulingkan oleh Kamal Antartuk melalui fitnah dan pelbagai cerita rekaan yg membuatkan rakyat Turki marah sehingga jatuhnya Khalifah Islam yg terakhir itu.

Sdra-sdra mungkin boleh bersetuju atau tidak dgn pandangan kami namun gunakan rasionalisme dlm membuat justifikasi dan bukannya berasaskan rasa amarah yg akhirnya akan merugikan kita semua.

Prof. Dr. Ridhuan Tee Abdullah

Thursday, 6 August 2015

KETUA BAHAGIAN KAKI JILAT : UMNO Sungai Besar Desak Muhyiddin Letak Jawatan Timb Presiden

Berikut merupakan pendirian UMNO Bahagian Sungai Besar berhubung status Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Presiden UMNO : -

 

Saya sebagai Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, ingin memohon agar YB. Tan Sri Muhyiddin Yassin segera mengundur diri dari arena politik dengan meletakkan jawatan sebagai Timbalan Presiden UMNO secara terhormat.

Saya dapati YB. Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak lagi relevan memimpin Parti UMNO kerana beliau telah dengan jelas tidak lagi sehaluan dengan YAB Perdana Menteri Dato' Sri Najib Tun Abdul Razak, yang merupakan Presiden UMNO. Beliau telah memberi kenyataan-kenyataan yang bertentangan dengan pendirian YAB Presiden UMNO secara umum terutama dalam menangani isu 1MDB.

Beliau juga telah mengkritik YAB Presiden UMNO secara terang-terangan sehingga menyebabkan parti lawan mengambil kesempatan dan mensensasikan isu 1MDB dan Rombakan Kabinet baru-baru ini. Kenyataan-kenyataan beliau telah menyebabkan sokongan dan kepercayaan rakyat dan akar umbi parti merosot. Sekiranya beliau ikhlas ingin membantu parti, sudah pasti beliau bersungguh-sungguh untuk memperkukuh dan memperkuatkan parti. Tapi apa yang berlaku, beliau telah menyebabkan perpecahan dalaman parti.

YB. Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat gagal membantu YAB Presiden UMNO dalam menjalankan dan melaksanakan tugas dan tanggungjawab terhadap parti. Tindakan-tindakan dan kenyataan-kenyataan beliau seolah-olah ingin menjatuhakan kredibiliti YAB Presiden UMNO dan juga seolah-olah mempunyai agenda untuk kepentingan peribadi. Sebagai seorang pejuang dan pemimpin peringkat tertinggi, beliau sepatutnya menunjukkan contoh yang terbaik dimana kepentingan parti perlulah diutamakan mendahului kepentingan peribadi.

Apabila saya kaji dan teliti terhadap kenyataan-kenyataan yang telah beliau keluarkan, saya dapati banyak kenyataan-kenyataan tersebut dimanipulasi dan beliau seolah-olah menipu ahli-ahli UMNO serta rakyat Malaysia secara keseluruhannya. Kita hanya memerlukan pemimpin yang ikhlas dan jujur, bukan pemimpin yang cuba untuk memecahbelahkan parti.

Oleh yang demikian, jika YB. Tan Sri Muhyiddin Yassin mempunyai sifat tanggungjawab terhadap ahli UMNO, beliau harus meletakkan jawatan sebagai Timbalan Presiden UMNO. Ini disebabkan kerana, beliau kini telah menjadi satu bebanan kepada parti dan boleh menjadi punca ahli hilang kepercayaan terhadap kepimpinan tertinggi UMNO.

Selaras dengan suasana politik semasa, saya menyarankan  agar YB. Tan Sri Muhyiddin Yassin melepaskan jawatan beliau sebagai Timbalan Presiden UMNO serta merta. Saya mohon agar beliau berehat dari arena politik dan memberi peluang kepada pemimpin-pemimpin lain yang boleh memberi kerjasama terhadap kepimpinan YAB Presiden UMNO untuk meneruskan perjuangan parti.

YBHG. DATO' JAMAL MD YUNOS
Ketua UMNO, Bahagian Sungai Besar
6hb Ogos 2015

Wednesday, 5 August 2015

Serpihan Sayap Disahkan Milik MH370




KUALA LUMPUR, 6 Ogos - Pakar antarabangsa mengesahkan serpihan sayap yang dijumpai di Pulau Reunion milik Perancis adalah daripada penerbangan MH370 - menyokong rumusan awal bahawa pesawat Malaysia Airlines terhempas ke dalam Lautan Hindi hampir 17 bulan lepas.

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pada Khamis pakar-pakar yang berkumpul di Toulouse, Perancis telah mengesahkan serpihan pesawat dijumpai di Pulau Reunion sememangnya daripada MH370.

"Kami sekarang mempunyai bukti fizikal seperti yang saya umumkan pada 24 Mac tahun lepas, penerbangan MH370 berakhir dengan tragik di selatan Lautan Hindi," Perdana Menteri berkata secara langsung menerusi TV3 pada pukul 1.45 pagi Khamis.

Pengesahan itu dijangka mengecilkan kawasan pencarian dan meningkatkan harapan untuk menyelesaikan apa yang dikatakan sebagai misteri terbesar dalam sejarah penerbangan moden.

Sunday, 5 July 2015

MELAYU JADI BALACI DAP???!!!!


Ketua UMNO Bahagian Bukit Bintang, Datuk Zainal Rafique berkata, usaha Dap merekrut lebih ramai bangsa Melayu untuk menyertai parti tersebut merupakan satu taktik halus bagi mempengaruhi dan mengelirukan bangsa Melayu agar melihat parti tersebut benar-benar terbuka untuk semua kaum dan tidak hanya di dominasikan oleh satu kaum sahaja.
Sedangkan hakikatnya menurut beliau, sepanjang sejarah penubuhan Dap jelas memperlihatkan bahawa parti itu sebenarnya hanya didominasikan oleh satu kaum sahaja.
“Kita boleh lihat berdasarkan daripada 30 ahli jawatankuasa pusat Dap, 22 daripadanya adalah terdiri daripada orang Cina manakala enam orang India dan hanya dua orang Melayu sahaja yang memegang jawatan AJK pusat di dalam parti tersebut.
“Berdasarkan perkara ini jelas bahawa Dap tidak dapat membuktikan bahawa mereka benar-benar parti yang terbuka dan mewakili semua kaum apabila 70 peratus AJK pusat mereka terdiri daripada kaum Cina.
“Bahkan sepanjang sejarah Dap, tidak pernah ada kaum Melayu yang memegang jawatan tertinggi di dalam Dap kecuali Tunku Aziz di mana beliau sendiri pun sudah keluar dari parti tersebut serta mengakui, bahawa Dap tidak lebih hanyalah sebuah parti yang berjuang berdasarkan kepentingan satu kaum sahaja dan tidak mewakili kepentingan pelbagai kaum sepertimana yang selalu mereka uar-uarkan,” 
Tambahnya lagi , usaha Dap untuk menarik minat orang Melayu untuk menyertai parti tersebut agak sukar memandangkan selama ini dasar perjuangan Dap yang lebih banyak menyerang isu-isu sensitif bangsa Melayu seperti hak-hak keistimewaan orang Melayu, institusi Raja-Raja Melayu dan juga agama Islam sebagai agama persekutuan.
“Bagi saya, hanya Melayu yang berfikiran liberal ala barat serta yang sudah hilang jati dirinya sebagai orang Melayu sahaja yang akan menyertai Dap. Orang-orang Melayu yang masih berpegang kuat jati dirinya serta menyedari bahawa asas pembentukkan negara hari ini adalah berdasarkan hak-hak keistimewaan orang Melayu, institusi Raja-Raja dan Islam, maka Dap bukanlah parti yang boleh mereka jadikan landasan perjuangan untuk membela tiga perkara tersebut.
“Apa yang pasti, sepanjang penubuhan parti ini, mereka tidak pernah memperlihatkan parti itu sebagai parti yang membela nasib semua kaum apabila Dap secara konsisten menyerang apa juga perkara yang ada kaitan dengan kepentingan orang Melayu seperti DEB, hak-hak istimewa orang Melayu yang disifatkan mereka sebagai antimeritokrasi.
“Jadi bagaimana kepimpinan Dap hari ini boleh mendakwa parti itu merupakan sebuah parti pelbagai kaum yang memperjuangkan nasib serta mempertahankan hak semua kaum di negara ini? Sedangkan selama ini jelas perjuangan mereka tidak pernah membela dan mempertahankan hak-hak keistimewaan bangsa lain khususnya bangsa Melayu di negara ini,” tegas beliau.
Beliau seterusnya menyeru agar orang Melayu, khususnya dari golongan muda agar tidak terpengaruh dengan dakyah Dap yang hanya mahu mempergunakan orang Melayu demi untuk mencapai agenda politik kepartian mereka semata-mata.
“Benar Dap di atas kertas adalah parti pelbagai kaum, namun hakikatnya ia sekadar di atas kertas pendaftaran pertubuhan dan Dap tidak pernah melaksanakan agenda pembelaan untuk semua kaum. Bangsa-bangsa lain yang menyertai Dap boleh saya sifatkan bak kata pepatah hanya melukut di tepi gantang dan suara mereka langsung tidak didengari oleh kepimpinan tertingg Dap.
“Sikap kepimpinan Dap yang cakap tidak serupa bikin inilah yang menyebabkan ramai kaum India dan bangsa Melayu tidak kekal lama di dalam Dap apabila mereka sedar bahawa slogan parti untuk semua kaum itu hanya pembohongan dan retorik politik mereka semata-mata untuk mencapai agenda politik mereka tersendiri,” akhirinya.

Selangor Terus Jadi Juara Carta Masalah Air, Sampah Dan Denggi



Pembangkang sentiasa mendabik dada mencanangkan kepada rakyat bahawa mereka yang terbaik mentadbir dan mengurus negeri, tetapi sebenarnya, kepimpinan kerajaan pakatan pembangkang Negeri Selangor tidak bersungguh-sungguh menangani permasalahan harian yang terpaksa dihadapi oleh rakyatnya.
Demikian menurut pandangan Ketua Puteri UMNO Negeri Selangor, Salbiah Saari ketika mengulas mengenai isu keperluan asas yang terpaksa dihadapi oleh rakyat negeri itu terutama masalah catuan bekalan air bersih, kutipan sampah tidak teratur dan ancaman penyakit demam denggi.
“Masalah yang dekat di hati rakyat, yang dihadapi seharian ini telah lama berlaku, tetapi, kenapa sehingga sekarang ia masih lagi membelenggu penduduk di negeri yang paling maju ini?
“Di manakah komitmen mereka menjaga kebajikan dan kepentingan rakyat?
“Adakah mereka mahu Selangor terus menjuarai carta masalah air, sampah dan denggi?,” soalnya.
Menurutnya lagi, apabila membicarakan isu bekalan air, kerajaan pusat yang memikirkan kepentingan rakyat berbesar hati membantu dengan projek Langat 2 tetapi apa yang kerajaan negeri balas, masih berdolak-dalik seribu alasan.
“Projek 2009 itu jika dilaksanakan dahulu lagi, saya pasti masalah kekurangan bekalan air yang dihadapi oleh rakyat Selangor mampu diatasi kini.
“Mereka menolak Langat 2, tetapi rakyat pun tidak nampak apa perancangan jangka panjang mereka bagi mengatasi masalah air itu,”
Beliau turut berkata, masih segar diingatan apabila Menteri Besar (MB) Selangor di dalam membentang Belanjawan 2015 dahulu pernah mengutarakan isu kebersihan amat penting untuk menyelesaikan masalah–masalah yang membelenggu rakyat seperti demam denggi, banjir kilat dan aduan awam berkaitan sampah.
“Tetapi, di manakah kesudahannya jika pengutipan sampah domestik masih tidak tersusun, kadang-kadang mengikut jadual dan kerapnya sering tidak mengikut jadual.
“Dalam web idengue, kes harian denggi di negeri ini pada 28 Jun 2015 sahaja mencatatkan sebanyak 108 kes dan lebih mengejutkan jumlah kes terkumpul dari 4 Jan 2015 hingga 28 Jun 2015 sebanyak 32,592 kes.
“Paling banyak terjejas di Daerah Petaling, diikuti Hulu Langat, Sepang dan termasuk juga Gombak,” jelasnya lagi.
Beliau menambah, demi kepentingan rakyat, Kerajaan Persekutuan melalui agensi-agensinya juga turut membantu tetapi apa yang menjadi keutamaan adalah segala permasalahan yang berlaku perlulah ditangani dengan sebaiknya oleh Kerajaan Negeri Selangor dan mereka perlulah lebih bertanggungjawab.

AKHIRNYA WSJ & CNBC MENGAKU DI BAYAR UNTUK MEMFITNAH NAJIB.


BISMILLAHI ALLAHU AKBAR 

Ambe tak terkejut dan sudah menjangkakan Najib akan di desak dan di tekan tubi bertalu-talu oleh puak Pengadu domba. Sudah lama ambe mengesan Gerakan Anti Najib sejak beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri lagi. 

Sememangnya, ambe dapati wujud suatu Fitnah Terancang ke atas Najib sejak arwah Tun M meletak jawatan. Pada setiap masa arwah Tun M tetap mahu mendominasi Politik Negara. Alatnya yang paling ampuh dan efektif ialah arwah Anwar Ibrahim. Tapi arwah Tun M memang pandai Bersilat Dalam Gelanggang Politik. 

Salah satu kaedah beliau ialah menggunakan proksi-proksi lain untuk buat kerja-kerja kotor & jahat. Kemudian beliau akan isyithar diri sebagai Adiwira Penyelamat,

Sejak timbulnya kes pembunuhan Altantuya, Najib mula di serang dan di bunuh karekternya. Pada masa Najib menjadi PM, 'Goodwill' nya sebagai PM sudah merosot sehingga 40%. Dalam keadaan & situasi itu, para pengadu domba mencongak laluan mudah untuk menyingkirkan Najib bila tiba waktu yang mereka mahukan. 

Bagi memastikan Agenda mereka berjaya, para pengadu domba mengelilingi Najib dari semua sudut. Memberikan lapuran-laporan palsu dan tak benar mengenai sokongan rakyat. Memberikan pelan-pelan strategi & pelan tindakan yang pada congakan & dugaan mereka akan lebih membawa parah kepada Najib supaya mudah di tekan meletak jawatan. 

Pada masa yang sama, para pengadu domba memastikan agar BN terus berkuasa tapi menjadi sebuah kerajaan minoriti.Meletakkan BN sebagai kerajaan minoriti akan memudahkan pengadu domba meletakan semua kesalahan dan beban kekalahan kepada Najib. Pada pengadu domba ini memudahkan mereka menekan Najib meletak jawatan. 

Kenapa pengadu-domba memilih Najib sebagai Bidak Percaturan Kuasa ? 

Kerana pengadu domba amat mengenali semua kekuatan dan kelemahan Najib. Mereka sedar & tahu Najib seorang Politikus Gentleman. Dan setail politik Najib yang 'Menjaga Hati' semua pihak merupakan kelebihan buat pengadu domba. 

Sebaik sahaja keputusan PRU 13 diketahui , pengadu domba mula mempersalahkan semua 'Penasihat-penasihat' Najib. Dan kini, ramai penasihat-penasihat Najib menemui kematian dengan cara yang amat misterius seorang demi seorang. Bermula dari arwah TS J.J. 

Bukan itu sahaja, arwah Tun M pun mula membangkitkan kata-kata tuduhan kepada akar umbi UMNO sebagai bodoh dan macam-macam lagi. Akhirnya, Najib pun turut terlepas cakap, 'Bloger Bangang'. Ini semua adalah reaksi-reaksi yang para pengadu domba mahukan. 

Pengadu domba tahu Najib tak akan menghukum penentang-penentangnya disebabkan BN diletakkan dalam kondisi Kerajaan Minoriti oleh pengadu domba sendiri. Namun begitu Najib pernah memecat seorang pegawainya yang mengeluarkan kenyataan , "Pendatang".

Najib juga di pujuk halus untuk mempercayai bahawa pemansuhan ISA adalah cara terbaik mengembalikan keyakinan dan sokongan rakyat kepada BN. 

Pengadu domba juga merancang agar Najib sentiasa diberikan suatu gambaran sebagai PM yang lemah dan mengikut kehendak pembangkang. Tak mesra Melayu dan hanya mementingkan tim penasihat konsultannya.

Bagi menangani penyokong-penyokong Najib, pengadu domba menggunakan tektik & teknik 'Keletihan'. Yakni, melakukan serangan ofensif bertali-arus terhadap Najib. Di samping berusaha untuk melemahkan keyakinan para penyokongnya. 

Pengadu domba telah lama membina persepsi negatif terhadap Najib. Samada Najib sedar atau tidak, itu ambe tak tau lah. Yang ambe tahu & kenalpasti, Najib tak mudah patah semangat sepertimana congakan puak pengadu domba. 

Bilamana fitnah Pembunuhan Altantuya akhirnya menemui kegagalan, maka pengadu domba mula menyerang hebat polisi-polisi Najib. Ianya diberikan gambaran negatif. Ini bagi membangkitkan ketidakpuashati di kalangan akar umbi dan penyokong-penyokong Najib serta BN. 

Pengadu domba menggunakan segala usaha dan kaedah saikologi serta perang saraf bagi memastikaan Fitnah Terancang mereka berjaya. Apakan daya, dah namanya manusia. 

Manusia hanya boleh merancang tapi tak diberikuasa untuk menentukan keputusan perancangan mereka. Itulah yang berlaku ke atas mereka. Pengadu domba melakukan tipu daya dalam negeri. Sebenarnya, mereka menipu diri sendiri tapi mereka tak sedar. 

Fasa terakhir pengadu domba ialah bilamana arwah Tun M masuk gelanggang. Malangnya, congakan pengadu domba tak berapa menjadi. Kerana tiba-tiba masih muncul spesis RONIN yang tidak menyokong agenda mereka dan mempertahankan Najib. 

Spesis RONIN memang sukar untuk di bunuh kerana mereka membawa TIADA AGENDA. Mereka sukar di ramal. Mereka sukar untuk di kawal. Mereka sukar untuk di bunuh dengan apa cara sekalipun. 

Fitnah-mehnah terhadap Najib memang bersifat amat jahat dan curang. Sekarang ini, pengadu domba dapati mereka menemui Jalan Buntu dan misi mereka semakin menemui kegagalan. Bagi menyelamatkan saki-baki maruah mereka yang masih tersisa, mereka akan berkata, " Kami buat in semua agar semua fitnah-mehnah ke atas Najib ditangani awal. Kami nak selamatkan Najib sebenarnya". Hanya orang yang otak mereka berada di lutut sahaja akan mempercayai alasan-alasan berkenaan. 

Pengadu domba tak akan berhenti begitu sahaja, Mereka tetap meneruskan kerja-kerja jahat mereka. Tak mustahil mereka akan sabotaj PRU 14 nanti. Tapi mereka merancang, Allah Hu Ta'ala jua yang menentukan. 

Pada ramalan ambe, puak pengadu domba hanya mampu bertahan dalam tiga bulan sahaja. Selepas itu mereka akan berantakan sesama sendiri dan bertelingkah sesama sendiri sehingga mereka hancur lebur. 

Begitulah dengan segala memusang yang ada dan anai-anai yang ada. Mereka tak mampu bertahan lama dengan fitnah-mehnah mereka yang lemah.

JAS SALLEH

Tuesday, 5 May 2015

#PRKRompin BN KEKAL MENANG DI ROMPIN

Semua peti undi telah selamat tiba di Pusat Pengiraan Undi disini.

Keputusan tak resmi dari sumber dalaman menyatakan bahawa calon BN mengekalkan kemenangan.

Datuk Hasan Ariffin (Barisan Nasional) telah mendapat undian sebanyak 21,668 sementara Nazri Ahmad (PAS) telah mendapat sebanyak 10,106 undi.

Ini bermakna secara tidak rasmi, Barisan Nasional telah memenangi Pilihanraya Kecil P.091 Rompin dengan majoriti 11,562 undi.

Pengumuman rasmi oleh Suruhanjaya Pilihan Raya akan dibuat selewat-lewatnya pada jam 11 malam ini

#PRKRompin: SIAPA PILIHAN RAKYAT DI PARLIMEN ROMPIN?

Hari ini adalah hari penentuan siapa yang akan menjadi pilihan pengundi kerusi Parlimen Rompin selepas mengharungi kempen selama 13 hari.

PRK Rompin menyaksikan pertembungan satu lawan satu di antara calon Pas, Nazri Ahmad dan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Hasan Arifin.

Calon Pas, Nazri adalah anak peneroka Felda Keratong 5, yang kini Ketua Dewan Pemuda Pas Pahang manakala calon BN, Hasan merupakan bekas Timbalan Menteri Besar Pahang dari tahun 1995 hingga 1999 dan juga bekas Adun kawasan Tioman dan Bukit Ibam.

Sebanyak 460 pengundi awal atau 84.4 peratus daripada 545 pengundi awal telah menjalankan tanggungjawab mereka pada 30 April lepas di empat pusat pengundian, dan seramai 52,744 lagi pengundi akan menunaikan tanggungjawab mereka hari ini.

Sebanyak 38 pusat mengundi dengan 115 saluran akan dibuka dari pukul 8 pagi hingga pukul 5 petang.

Pada PRU13, Dr Jamaluddin mengekalkan kerusi Parlimen berkenaan untuk penggal keenam setelah mengalahkan bekas Ketua Dewan Muslimat Pas, Nuridah Mohd Salleh dengan majoriti 15,114 undi.

PRK Rompin diadakan berikutan kematian Dr Jamaluddin dalam nahas helikopter di Semenyih, Selangor pada 4 April lepas.

Wednesday, 22 April 2015

#PRKRompin 'Walau kawasan biru, BN kena kerja kuat'



Jentera Barisan Nasional (BN) diingatkan supaya tidak mengambil mudah Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin walaupun kawasan itu merupakan kubu kuat parti.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sebaliknya jentera parti perlu bekerja keras untuk meningkatkan sokongan pengundi sekali gus menambah jumlah majoriti.

"Kita tahu Rompin sejak sekian lama merupakan kawasan biru (BN) tetapi kita tidak boleh ambil mudah, perlu tambahkan sokongan, maka jentera harus tingkatkan gerak kerja.
  
"Ini akan diselaraskan oleh (Naib Presiden Umno) Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (Pengarah Operasi BN PRK Rompin) dengan dibantu (BN) peringkat negeri dan rakan komponen BN untuk menunjukkan kepada rakyat tentang kesatuan dan kesepaduan parti," katanya.
  
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengiringi calon BN, Datuk Hasan Arifin untuk proses penamaan calon PRK Parlimen Rompin di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah di sini, hari ini.
Turut serta dalam sidang akhbar itu ialah Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Pengerusi BN Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob dan calon BN Datuk Hasan Arifin.
  
Muhyiddin berkata BN akan menggunakan PRK itu sebagai platform untuk memperjelaskan tentang beberapa isu yang dibangkitkan pembangkang termasuk soal kos sara hidup.
  
"Isu GST (Cukai Barang dan Perkhidmatan) selain harga getah dan kelapa sawit tidak boleh dinafikan hakikatnya berlaku bukan sahaja di negara ini tetapi juga di peringkat global.
  
"Ini menjadi tanggungjawab kita sebagai kerajaan untuk berikan penjelasan. Macam isu GST, kita kena faham ia satu keperluan dan matlamatnya untuk kepentingan rakyat," katanya.
  
Timbalan Perdana Menteri mengakui pelaksanaan peringkat awal GST menimbulkan rasa kurang senang hati rakyat, namun aduan-aduan itu akan diperjelas.
Mengulas mengenai sasaran undi BN pada PRK Rompin, Muhyiddin berkata beliau menetapkan petunjuk prestasi utama (KPI) bagi setiap 38 peti daerah mengundi (PDM) di kawasan Parlimen itu untuk menambah jumlah majoriti.
  
Katanya, setiap undi adalah penting bagi menjamin kesinambungan pembangunan sosioekonomi kawasan parlimen itu yang telah diusahakan oleh bekas anggota Parlimennya Tan Sri Jamaluddin Jarjis.
  
Sementara itu, Muhyiddin melahirkan rasa syukur dengan proses penamaan calon yang berjalan lancar, tanpa sebarang insiden tidak diingini.

Katanya ia mempamerkan amalan demokrasi yang baik dalam kalangan penduduk tempatan.
  
PRK Rompin pada 5 Mei ini menyaksikan pertandingan antara Hasan, yang merupakan pemangku Ketua Umno bahagian Rompin mewakili BN, dan calon Pas Nazri Ahmad, yang juga Yang Dipertua Pas kawasan Rompin dan Ketua Dewan Pemuda Pas Pahang.
  
Pilihan Raya Kecil itu diadakan berikutan kematian Jamaluddin dalam nahas helikopter di Semenyih, Selangor pada 4 April lepas.
  
Pada pilihan raya umum ke-13, Jamaluddin mengekalkan kerusi yang disandangnya hampir enam penggal itu mengalahkan bekas Ketua Dewan Muslimat Pas Nuridah Mohd Salleh dengan majoriti 15,114 undi.

#PRKRompin 295 anggota polis bertugas PRK Rompin



Polis Pahang akan mengerahkan 295 anggotanya bertugas semasa Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin untuk memastikan segala urusan berjalan lancar, kata ketuanya Datuk Seri Sharifuddin Ab Ghani.

Beliau berkata, semua persiapan selesai dibuat dan anggota terbabit akan ditempatkan di tiga zon iaitu Rompin, Muadzam Shah dan Pulau Tioman.

"Kami juga akan meminta bantuan tambahan daripada Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU), Pasukan Gerakan Am (PGA), polis marin dan unit antirusuhan untuk ditempatkan di tiga zon ini," katanya.

Sharifuddin memberitahu demikian kepada pemberita selepas melakukan lawatan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan di sini hari ini bersempena sambutan Hari Polis ke-208.

Sementara itu, Sharifuddin mengingatkan parti politik, termasuk pemimpin dan penyokong mereka supaya mematuhi arahan polis dan tidak mencetuskan kekacauan, terutama dalam tempoh berkempen.   

"Semua pihak yang ingin mengadakan ceramah dinasihati memohon permit daripada polis. 

"Kami tidak akan bertolak ansur dengan mereka yang cuba menimbulkan kekacauan atau melakukan sabotaj ketika berkempen," kata Sharifuddin dan menyuarakan harapan agar PRK itu berjalan lancar seperti pilihan raya sebelum ini. 

PRK Parlimen Rompin diadakan berikutan kematian penyandang kerusinya, Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis dalam nahas helikopter di Semenyih, Selangor pada 4 April.   

Jamaluddin menjadi Ahli Parlimen Rompin selama enam penggal iaitu sejak 1990. Pada pilihan raya umum 2013, beliau mengalahkan Ketua Muslimat Pas  Nuridah Mohd Salleh dengan majoriti 15,114 undi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 5 Mei sebagai hari mengundi dan 22 April sebagai hari penamaan calon.

#PRKROMPIN Jeti Kuala Rompin akan diperbaiki



ROMPIN - Jeti Kuala Rompin di Bandar Lama di sini, yang digunakan oleh nelayan untuk ke laut dan kini dalam keadaan uzur, akan diperbaiki supaya turut dapat digunakan oleh peminat memancing laut dalam. 

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, kini jeti yang uzur itu turut digunakan oleh peminat memancing laut dalam serta kaki pancing dari dalam dan luar negara, terutama mereka yang berminat memancing ikan layar di Laut China Selatan. 

"Kita tahu Rompin ini terkenal dengan aktiviti memancing ikan "Sail Fish" yang mampu menarik pelancong tempatan dan luar negara. Tetapi apa yang menyedihkan adalah keadaan jeti yang kelihatan agak uzur," katanya kepada pemberita selepas berjumpa dengan penduduk Cina di sekitar kawasan Bandar Rompin di sini, hari ini.

Presiden MCA itu berkata, dengan kewujudan jeti dan tempat letak bot yang baharu dan lebih sesuai untuk aktiviti 'sport fishing' akan mewujudkan peluang pekerjaan serta merancakkan ekonomi kawasan tersebut.

Beliau berkata demikian selepas mendengar rintihan masyarakat Cina di Kuala Rompin yang mahu jeti itu diperbaiki.

Terdahulu, Liow turut membuat tinjauan dan melawat tanaman sayur-sayuran dan buah-buahan di kawasan Sepayang dekat sini.

Beliau berkata, tanaman di kawasan Sepayang memberikan hasil yang tinggi kepada negara berikutan banyak tanaman dari kawasan itu dieksport. 

Liow berkata, bagaimanapun pekebun buah-buahan berharap kawasan tanaman itu dapat diperbesarkan oleh kerajaan negeri.

Monday, 20 April 2015

#PRKRompin BIODATA USTAZ NAZRI AHMAD

bekas pensyarah sambilan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Muadzam Shah adalah lulusan Sarjana Syariah Islamiyyah dari Universiti Al-Azhar Mesir.

Anak peneroka Keratong 5 ini merupakan Ketua Pemuda PAS Pahang untuk penggal akhir, menjadi pilihan Majlis Syura Ulamak PAS juga di peringkat akar umbi parti tersebut.

Lahir daripada keluarga usahawan, anak keenam daripada lapan beradik ini mempunyai seorang isteri dan enam orang cahaya mata dan kini menjadi pendakwah sepenuh masa.

Beliau mulai aktif berpolitik apabila dipilih sebagai Ketua Pemuda PAS Rompin pada 2005.

#PRKRompin Ustaz Nazri Ahmad, calon PAS PRK Rompin

Yang Dipertua PAS Kawasan Rompin, Ustaz Nazri Ahmad, 40, diumumkan sebagai calon PAS bagi menggalas cabaran dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) P.091 Rompin.

Pemilihannya diumumkan oleh Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub pada Majlis Ceramah Pengisytiharan Calon PAS PRK Rompin di Markas Induk PAS Bandar Satelit Muadzam Shah, sebentar tadi.

Antara pemimpin PAS yang hadir ialah Naib Presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Ketua Dewan Muslimat, Siti Zailah Mohd Yusoff, Ketua Pengarah Pilihan raya, Dr Mohd Hatta Ramli dan Timbalan Ketua Pemuda, Muhammad Khalil Abdul Hadi...

Saturday, 18 April 2015

#PRKRompin BIODATA DATO' HASAN ARIFIN CALON BN PRK ROMPIN

Dato'Hj Hasan bin Arifin telah diumumkan sebagai calon BN bagi pilihanraya  P091 Parlimen Rompin yang telah diumumkan oleh Y.A.B Tan Sri Muhyiddin Yasin Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

BIODATA 

Tarikh Lahir          28/4/1953
Umur                     62 Tahun

LATAR BELAKANG PENDIDIKAN

1976                     Sarjana Muda Ekonomi
                             Universiti Malaya Kuala Lumpur

1979                      Management Course Asia Institute  Of                                               Management Manila

PENGALAMAN DAN JAWATAN DALAM POLITIK

1976                        Menjadi Ahli UMNO

1978                        Menjadi AJK UMNO Bahagian Pekan

1984                        Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pekan

1986                        Ketua Pemuda UMNO Bahagian Rompin

1990-2004               Ketua Bahagian UMNO Rompin

1996-2004              Ahli Majlis Tertinggi UMNO

1982-1986              Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang Kawasan                                 Rompin Parlimen Pekan

1986-1990             Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang Kawasan
                               Rompin Parlimen Pekan
1990-2004             Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang Kawasan                               Ibam Parlimen Pekan

1986-1995             Exco Kerajaan Negeri Pahang

1995-1999             Timbalan Menteri Besar Pahang

i)   Bertanggungjawab membangunnkan Gebeng  Industrial Area

ii)  Menarik Pelaburan Di Pahang

iii) Bertanggungjawab keatas pembinaan Lebuhraya Pantai Timur        (Karak-Kuantan)

iv) Membesarkan Pelabuhan Kuantan

JAWATAN SEKARANG

i)   Pemangku Ketua UMNO Bahagian Rompin

ii)  Pengerusi PERKIM Negeri Pahang

iii) Pengerusi Sahabat Masjid Wilayah Persekutuan

iv) Ahli Lembaga Pengarah UDA Holding Berhad.

PENGENALAN PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN

1990-1999    Menjadi Pengerusi Lembaga Pertubuhan Perusahaan                        Pertanian (LKPP)

                     Bertanggungjawab :
                 
                 i) Memulihkan pentadbiran dan kewangan Lembaga
  
                ii) Membangunkan ladang sehingga mencecah 100,000                         ekar
      
               iii) Membangunkan kilang CPO dan lain lain kilang

               iv) LKPP merupakan agensi yang paling kukuh dan                               mempunyai harta yang banyak di Pahang

                v) Terlibat dalam menguruskan ladang ladang kecil                               peneroka ,keselamatan dan juga peserta rumah banjir

1991-1995 - Menjadi Ahli Lembaga Pengarah FELDA

1995-1988  - Pengerusi DARA (Lembaga Pembangunan Kemajuan                      Wilayah Pahang Tenggara)

1976-1982 - Sebelum memasuki bidang politik pernah bekerja                             dengan ASPA..sebuah agensi kerajaan yang terlibat                           dalam industri Perkayuan.Jawatan terakhir adalah                             sebagai Pengurus Operasi Kilang.

PENGALAMAN ANTARABANGSA  & NGO

1995-2001 - Executive Council Commenwealth Parlimentary Association

                     Menghadiri Sidang Ahli Parlimen Negara Komenwel                       di Mauritus New Zealand Barbados Singapore United                       Kingdom Australia Trinidad & Tobago

LATARBELAKANG KELUARGA

Nama Isteri     : Datin Rozidah Binti Karim

Anak Pertama : Sudah Berumahtangga
                          Ahli Perniagaan

Anak Kedua    : Sudah Berumahtangga
                          Head Of Communication Tune Talk

Anak Ketiga   : Belum Berkahwin
                          Exsecutive Auditor Delloite

Anak Keempat  : IT Exsecutive

#PRKRompin "Langkah manis jika PAS tak tanding PRK Rompin "- Adnan Yaakob



Adnan berkata, Umno mengambil tindakan sedemikian (tidak bertanding) pada PRK negeri Chempaka, kerana menghormati Mursyidul Am PAS allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat. 
"Jika PAS tidak bertanding...kerana menghormati JJ (Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis) sebagai seorang pemimpin kanan, tentunya ini merupakan tindakan manis (oleh PAS).  
Lagipun, sekarang hanya untuk satu kerusi parlimen, kata Adnan pada sidang akhbar selepas melancarkan projek kediaman Swiss-Garden Resort Residences Sungai Karang di sini hari ini. 
Tentang sama ada Barisan Nasional perlu bertanding di PRK parlimen Permatang Pauh, Adnan berkata itu isu lain.
"Permatang Pauh dipegang oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR), bukan PAS," kata beliau.
Adnan berkata, Badan Perhubungan Umno Pahang menyambut baik keputusan UMNO Bahagian Rompin untuk menolak sebarang calon dipilih dari luar. 
Beliau bagaimanapun berkata ini terpulang kepada pucuk pimpinan parti memutuskan dan seterusnya menjelaskan dengan baik sebab-sebab pemilihan itu. 
Semalam, pemangku ketua UMNO bahagian itu Datuk Hasan Ariffin berkata bahagian itu hanya akan menerima calon yang dipilih dari kalangan anggota jawatankuasa bahagian.
PRK itu diadakan berikutan kematian penyandang Jamaluddin dalam kemalangan helikopter di Semenyih, Selangor pada 4 April.
Allahyarham Jamaluddin menjadi anggota parlimen kawasan itu selama enam penggal dari 1990.
Pada Pilihan Raya Umum 2013, beliau menewaskan Ketua Muslimat PAS Nuridah Mohd Salleh dengan majoriti 15,114 undi

#PRKRompin: Hasan Anggap Tanggungjawab Berat



Pemangku Ketua Umno Bahagian Rompin Datuk Hasan Arifin berkata pemilihannya sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin adalah satu tanggungjawab berat yang perlu dilaksanakannya.

Pada masa sama, katanya bukan mudah untuk mengekalkan momentum penyandang kerusi itu, Allahyarham Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis yang menjadi Anggota Parlimen Rompin selama 28 tahun.

"Ini bukan perjalanan yang mudah. Saya perlu bersedia korbankan masa dan tenaga kerana penunjuk indeks prestasi (KPI) Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ialah kenaikan undi sebanyak lima peratus daripada majoriti sebelum ini," katanya di sini.

Bercakap pada sidang media pertamanya selepas diumumkan sebagai calon BN, Hasan berkata pemilihan beliau dibuat oleh pucuk pimpinan parti tanpa campur tangan Umno bahagian.

Menurutnya Umno Rompin secara rasminya tidak pernah mencadangkan nama sesiapa, sebaliknya hanya menyuarakan pandangan supaya pemilihan calon dilakukan dalam kalangan anggota jawatankuasa bahagian.

"Kita suarakan pandangan itu atas dasar anak tempatan mendapat sokongan padu masyarakat dan saya sendiri menyerahkan sepenuhnya kepada pucuk pimpinan.

Apabila mereka sudah buat keputusan, saya harap kita semua dapat merapatkan saf dan berusaha memastikan kemenangan BN," katanya.

Hasan berkata pendekatan beliau pada PRK itu ialah 'kecil namun berkesan' iaitu mendekati pengundi secara bersemuka dalam kelompok kecil untuk memberi penerangan isu semasa termasuk Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP).

Ditanya apakah perasaan beliau untuk kembali berkhidmat sebagai wakil rakyat, jika menang, selepas kali terakhir bergelar Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) pada 2004, Hasan berkata: "Saya tidak pernah berhenti berkhidmat untuk masyarakat.

"Rompin tetap di hati saya, ini tanah lahir saya. Saya tahu selok belok kawasan ini. Bagaimana saya boleh berhenti daripada mencurah budi. Apa yang penting dalam perjuangan adalah ikhlas," katanya.

Hasan berhasrat untuk memajukan Rompin menerusi sektor pelancongan, memandangkan Pulau Tioman yang sememangnya terkenal di peta pelancongan dunia berada dalam Parlimen Rompin.

Selain itu, beliau ingin memajukan industri pertanian yang menjadi punca pendapatan utama kebanyakan penduduk khususnya di kawasan Felda.

PRK Rompin diadakan berikutan kematian Jamaluddin yang juga pengerusi Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) akibat nahas helikopter di Semenyih, Selangor pada 4 April.

Dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 pada Mei 2013, Jamaluddin mengekalkan kerusi yang disandangnya hampir enam penggal setelah mengalahkan bekas ketua Dewan Muslimat PAS Nuridah Mohd Salleh dengan majoriti 15,114 undi.

#PRKRompin Hasan Bukan Orang Asing Kepada Kami - Penduduk Rompin

Tepukan gemuruh dan sorakan orang ramai semasa nama pemangku Ketua Umno Bahagian Rompin, Datuk Hasan Arifin diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Rompin mencerminkan 'penerimaan' masyarakat terhadap beliau.

Keperibadian Hasan, 62, yang mudah didekati dan sentiasa tersenyum menjadi kenangan penduduk sekitar Rompin, memandangkan beliau pernah menjadi Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Rompin dari 1982 hingga 1990 dan Ibam pada 1990 hingga 2004.

Bagi suri rumah Hamidah Hasan, 58, beliau tidak pernah menyangka seorang Adun boleh bersifat begitu santai dan tidak mengharapkan layanan istimewa semasa 'membuat kunjungan mengejut' di rumahnya di Desa Melor, dekat sini bagi menghadiri satu kenduri suatu ketika dulu.

"Beliau makan bersama tetamu lain. Semasa kenduri juga ramai tetamu mengambil peluang mengajukan masalah yang dihadapi. Beliau tetap melayan mereka walaupun semasa itu sedang makan," katanya kepada Bernama semasa ditemui selepas majlis pengumuman calon BN dan penyerahan watikah untuk PRK Rompin di sini, hari ini.

Pengumuman dilakukan Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin di hadapan lebih 1,000 orang ramai termasuk anggota Puteri, Wanita, Pemuda dan parti komponen BN.

Perkara itu diakui Rosehabibah Abu, 48, dari Desa Dahlia di sini, yang menyifatkan Hasan sebagai 'wakil rakyat sejati' kerana tetap meneruskan khidmat membantu masyarakat walaupun tidak menjawat sebarang jawatan.

Hasan tidak 'lokek' untuk mengeluarkan wang daripada poket sendiri apabila dihampiri oleh penduduk kampung, khususnya jika tujuan wang itu adalah untuk persekolahan anak atau bayaran perubatan, katanya.

Bagi Orang Asli Sewan Ahmad, 71, beliau berkata Hasan bukan orang asing dalam masyarakat Orang Asli dan sifat murah hati Allahyarham Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis terhadap masyarakat Orang Asli, pasti akan diteruskan oleh Hasan.

"Kami sedar tidak semua orang boleh 'masuk' dengan masyarakat kami. Sebab itu, apabila kami mendapat seorang pemimpin yang baik, kami akan setia. Sudah pasti pilihan kepimpinan parti adalah individu yang setanding dengan Jamaluddin," katanya.

Bagi Asiah Bogi, 47, Orang Asli dari Kampung Kedaik Asal, dekat sini berkata beliau sudah lama mengenali Hasan dan menyenangi peribadi beliau, menyebabkan beliau yakin BN akan dapat mengekalkan kemenangan atas faktor 'pemilihan calon yang tepat'.

Bagi Molhd Redzuan Mahayadi, 32, dari Felda Keratong 2 di sini, beliau telah lama mendengar nama Hasan disebut-sebut, walaupun ketika itu beliau masih bersekolah.

"Jika nama disebut, sudah pastilah orang itu mendapat tempat yang istimewa di hati dan telah berbudi, sehingga masyarakat tidak boleh melupakannya," katanya.

PRK Rompin diadakan berikutan kematian penyandang kerusi berkenaan, Tan Sri Dr Jamaluddin, yang juga pengerusi Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) dalam nahas helikopter di Semenyih, Selangor pada 4 April lepas.

Dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 pada Mei 2013, Jamaluddin mengekalkan kerusi yang disandang beliau selama 23 tahun setelah mengalahkan bekas ketua Dewan Muslimat PAS, Nuridah Mohd Salleh dengan majoriti 15,114 undi.

#PRKRompin BN umum Datuk Hasan Arifin calon PRK Rompin

ROMPIN – Barisan Nasional (BN) hari ini mengumumkan Datuk Hasan Arifin sebagai calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin 5 Mei depan.

Pengumuman tersebut dibuat oleh Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam majlis khas yang diadakan di Bandar Muadzam Shah, di sini.

PRK Parlimen Rompin diadakan selepas penyandangnya, Allahyarham Tan Sri Jamaluddin Jarjis meninggal dunia dalam sebuah kemalangan helikopter terhempas yang turut mengorbankan lima mangsa lain pada 4 April lalu.

Selepas kejadian tersebut, Datuk Hasan Arifin yang merupakan Timbalan Ketua Umno Rompin telah dilantik sebagai pemangku Ketua Umno Bahagian Rompin.

Saturday, 4 April 2015

Foto Arwah Tan Sri JJ Sebelum Nahas Heli, Sempat Hadir Majlis Anak PM

Sesungguhnya Allah swt lebih sayangkan arwah Tan Sri dan mangsa mangsa mukmin yang bersamanya.

Allah uji keluarga dan sahabat handai..Allah jug uji PM Najib..dalam seminggu beliau kehilangan 3 rakan karib yang setia..

Semoga semua tabah..innalillah..

Helikopter yang dinaiki Ahli Parlimen Terhempas!!!!!!!!

Dikatakan helikopter yang dinaiki ahli parlimen Rompin Dato Jamaludin Jarjis terhempas..

Friday, 3 April 2015

Kaki Bodek Berwarna???!!

maksud bodek dari kamus dewan :

1. penyakit bodek, iaitu penyakit bagi orang laki-laki sahaja~angin pasang (tak sangka pulak ada maksud lain..hahaha)

2. mengampu/menyanjung/memuji yang melebih-lebih bagi mendapatkan sesuatu..

AMBIL HATI

maksud dari kamus dewan, tak pulak aku jumpa maksud dua perkataan ni terus, jumpa satu-satu.. tapi lebih merujuk kepada ambil berat atau ambil peduli..

haa...aku pun bukan professor..
aku rujuk meaning dia dari kamus dewan google ja..kalau ada kamus dewan betul boleh dapat meaning yang tepat kot.

Aku sedang memerhati si pembodek ini...hahaha..nampak sgt brooo...!

Thursday, 2 April 2015

KHALID IBRAHIM SIFATKAN AZMIN SEBAGAI `BEBALISME’.!!!!!!

Shah Alam: Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyifatkan tindakan tidak konsisten Mohamed Azmin Ali dalam isu perjanjian air sebagai menggambarkan kelemahan diri beliau sendiri.

Abdul Khalid berkata, sikap serta kenyataan Azmin dalam menangani isu perjanjian air di Selangor juga dianggap sebagai sesuatu yang mengaibkan.

“Sekarang, timbul pula dakwaan serong yang mempertikaikan keupayaan Kerajaan Persekutuan menyempurnakan penstrukturan semula industri air Selangor memandangkan kedudukan fiskalnya yang Mohamed Azmin sifatkan sebagai hampir bankrap, termasuk cubaan mengaitkan dengan timbunan hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Walaupun dakwaan terbaharu ini agak melucukan bagi saya kerana hakikatnya tiada kaitan sama sekali, namun bagi sesetengah pihak terutama di dunia korporat, kesemua dakwaan aneh ini mungkin sesuatu yang agak mengaibkan,” katanya ketika membahaskan titah Sultan Selangor dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), hari ini.

Abdul Khalid berkata, sikap Azmin yang membuat kenyataan berdolak-dalik mengenai isu air bukan sahaja mengelirukan semua pihak, tetapi juga mengecewakan pegawai kerajaan yang begitu komited untuk menyelesaikan isu tersebut, sehingga satu perjanjian berjaya dicapai dengan Kerajaan Persekutuan.

“Seperti yang saya tegaskan berulang kali ketika mewakili kerajaan negeri semasa perjanjian ini ditandatangani, kejayaan penstrukturan semula industri air Selangor adalah pra syarat utama demi menjamin bekalan air terawat mencukupi bagi kegunaan isi rumah dan industri perkhidmatan air efisien, bebas gangguan serta pada caj yang berpatutan dan tidak membebankan rakyat

“Ia juga bagi menamatkan perjanjian konsesi berat sebelah yang nyata hanya memberi keuntungan berlipat ganda kepada pemegang konsesi serta pemulangan semua aset berkaitan air kepada rakyat dalam bentuk saham.

“Atas sebab ini, Duli Yang Maha Mulia (DYMM) tuanku menitahkan jemaah pentadbiran negeri yang baharu meneruskan usaha memuktamadkan penstrukturan semula industri air berdasarkan semangat serta terma perjanjian utama yang ditandatangani bersama Kerajaan Persekutuan pada 12 September 2014,” jelasnya.

Abdul Khalid berkata, Azmin juga cuba membuat dakwaan sonsang, kononnya Selangor akan hilang kedaulatan ke atas 26,000 kilometer jajaran tanah, yang mana terdapat aset berkaitan air seperti paip, loji dan sebagainya yang akan dipindah milik secara mutlak kepada Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB), iaitu sebuah agensi Kerajaan Persekutuan.

“Dakwaan ini kononnya pindah milik berkenaan sebagai timbal balas bagi dana Kerajaan

Persekutuan untuk membiayai pampasan ekuiti bernilai RM2 billion kepada empat syarikat konsesi.

“Hakikatnya, aset berkaitan air termasuk tanah milik kerajaan negeri hanyalah akan dipajakkan selama 45 tahun kepada Kerajaan Persekutuan, yang mana dalam tempoh ini, aset air akan dipajak semula kepada Pengurusan Air Selangor Berhad ( Air Selangor ), pengendali perkhidmatan air anak syarikat kerajaan negeri dengan kadar sewa pajakan yang akan ditentukan secara sepakat di antara kerajaan negeri dan PAAB.

“Selesai tempoh pajakan ini, PAAB akan memulangkan semula semua aset berkaitan air kepada kerajaan negeri selaku pemilik yang sah. Sebenarnya, ini sama sebagaimana yang kita saksikan di Pulau Pinang dan Melaka yang berjaya menyusun semula industri air mereka sebelum ini,” jelasnya.

Jelasnya, Azmin digesa menyempurnakan penstrukturan semula industri perkhidmatan air Selangor  berdasarkan perjanjian utama yang ditandatangani sebelum ini dengan mengambil alih dan menggabungkan operasi, aset dan liabiliti kesemua empat syarikat konsesi iaitu Syarikat Bekalan  Air Selangor (M) Sdn. Bhd (Syabas), Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn. Bhd. (SPLASH), Puncak Niaga (M) Sdn. Bhd. (PNSB) dan Konsortium ABASS Sdn. Bhd. (ABASS) di bawah Syarikat Air Selangor, milik Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB).

“Syarikat baharu ini yang bakal mengendali perkhidmatan huluan (ekstraksi dan rawatan) dan hiliran (pengagihan) industri air negeri.

“Menamatkan serta-merta Perjanjiaan Penswastaan dengan syarikat konsesi yang sememangnya merugikan rakyat demi menghalang kenaikan tarif berjadual keseluruhan sebanyak 82 peratus bagi Syabas bermula tahun 2009 iaitu 37 peratus pada 2009, 25 peratus pada 2012 dan 20 peratus pada 2015.

“Memastikan kos keseluruhan penstrukturan semula industri perkhidmatan air Selangor tidak akan melebihi RM9.65 billion terdiri daripada pampasan ekuiti kepada empat syarikat konsesi bernilai RM2 billion dan penyelesaian 100 peratus hutang mereka bernilai RM7.65 billion yang dibuat oleh PAAB dan tidak perlu menerima cagaran kerajaan.

“Memastikan tiada kenaikan tarif air dalam tempoh sekurang-kurangnya tiga hingga empat tahun selepas penyempurnaan penstrukturan semula industri air. Kenaikan tarif air pada masa hadapan pada kadar yang sangat munasabah dan tidak membebankan, tidak melebihi 15 peratus setiap tiga tahun,” jelasnya.

Namun, sekiranya masih gagal menberi penyelesaian terbaik demi rakyat dalam semua isu terutama dalam menyempurnakan penstrukturan industri air Selangor sebagaimana titah DYMM Tuanku, maka tibalah masanya Dato’ Menteri Besar berundur supaya pentadbiran negeri boleh dikepalai oleh seseorang yang benar-benar layak dengan kompetensi, kepakaran dan pengalaman yang benar-benar sesuai dan serasi untuk negeri termaju di Malaysia seperti Selangor. Saya tidak berminat tetapi Dewan Negeri Selangor perlu memikirkan kepimpinan yang baharu.