Sunday, 5 July 2015

MELAYU JADI BALACI DAP???!!!!


Ketua UMNO Bahagian Bukit Bintang, Datuk Zainal Rafique berkata, usaha Dap merekrut lebih ramai bangsa Melayu untuk menyertai parti tersebut merupakan satu taktik halus bagi mempengaruhi dan mengelirukan bangsa Melayu agar melihat parti tersebut benar-benar terbuka untuk semua kaum dan tidak hanya di dominasikan oleh satu kaum sahaja.
Sedangkan hakikatnya menurut beliau, sepanjang sejarah penubuhan Dap jelas memperlihatkan bahawa parti itu sebenarnya hanya didominasikan oleh satu kaum sahaja.
“Kita boleh lihat berdasarkan daripada 30 ahli jawatankuasa pusat Dap, 22 daripadanya adalah terdiri daripada orang Cina manakala enam orang India dan hanya dua orang Melayu sahaja yang memegang jawatan AJK pusat di dalam parti tersebut.
“Berdasarkan perkara ini jelas bahawa Dap tidak dapat membuktikan bahawa mereka benar-benar parti yang terbuka dan mewakili semua kaum apabila 70 peratus AJK pusat mereka terdiri daripada kaum Cina.
“Bahkan sepanjang sejarah Dap, tidak pernah ada kaum Melayu yang memegang jawatan tertinggi di dalam Dap kecuali Tunku Aziz di mana beliau sendiri pun sudah keluar dari parti tersebut serta mengakui, bahawa Dap tidak lebih hanyalah sebuah parti yang berjuang berdasarkan kepentingan satu kaum sahaja dan tidak mewakili kepentingan pelbagai kaum sepertimana yang selalu mereka uar-uarkan,” 
Tambahnya lagi , usaha Dap untuk menarik minat orang Melayu untuk menyertai parti tersebut agak sukar memandangkan selama ini dasar perjuangan Dap yang lebih banyak menyerang isu-isu sensitif bangsa Melayu seperti hak-hak keistimewaan orang Melayu, institusi Raja-Raja Melayu dan juga agama Islam sebagai agama persekutuan.
“Bagi saya, hanya Melayu yang berfikiran liberal ala barat serta yang sudah hilang jati dirinya sebagai orang Melayu sahaja yang akan menyertai Dap. Orang-orang Melayu yang masih berpegang kuat jati dirinya serta menyedari bahawa asas pembentukkan negara hari ini adalah berdasarkan hak-hak keistimewaan orang Melayu, institusi Raja-Raja dan Islam, maka Dap bukanlah parti yang boleh mereka jadikan landasan perjuangan untuk membela tiga perkara tersebut.
“Apa yang pasti, sepanjang penubuhan parti ini, mereka tidak pernah memperlihatkan parti itu sebagai parti yang membela nasib semua kaum apabila Dap secara konsisten menyerang apa juga perkara yang ada kaitan dengan kepentingan orang Melayu seperti DEB, hak-hak istimewa orang Melayu yang disifatkan mereka sebagai antimeritokrasi.
“Jadi bagaimana kepimpinan Dap hari ini boleh mendakwa parti itu merupakan sebuah parti pelbagai kaum yang memperjuangkan nasib serta mempertahankan hak semua kaum di negara ini? Sedangkan selama ini jelas perjuangan mereka tidak pernah membela dan mempertahankan hak-hak keistimewaan bangsa lain khususnya bangsa Melayu di negara ini,” tegas beliau.
Beliau seterusnya menyeru agar orang Melayu, khususnya dari golongan muda agar tidak terpengaruh dengan dakyah Dap yang hanya mahu mempergunakan orang Melayu demi untuk mencapai agenda politik kepartian mereka semata-mata.
“Benar Dap di atas kertas adalah parti pelbagai kaum, namun hakikatnya ia sekadar di atas kertas pendaftaran pertubuhan dan Dap tidak pernah melaksanakan agenda pembelaan untuk semua kaum. Bangsa-bangsa lain yang menyertai Dap boleh saya sifatkan bak kata pepatah hanya melukut di tepi gantang dan suara mereka langsung tidak didengari oleh kepimpinan tertingg Dap.
“Sikap kepimpinan Dap yang cakap tidak serupa bikin inilah yang menyebabkan ramai kaum India dan bangsa Melayu tidak kekal lama di dalam Dap apabila mereka sedar bahawa slogan parti untuk semua kaum itu hanya pembohongan dan retorik politik mereka semata-mata untuk mencapai agenda politik mereka tersendiri,” akhirinya.

Selangor Terus Jadi Juara Carta Masalah Air, Sampah Dan Denggi



Pembangkang sentiasa mendabik dada mencanangkan kepada rakyat bahawa mereka yang terbaik mentadbir dan mengurus negeri, tetapi sebenarnya, kepimpinan kerajaan pakatan pembangkang Negeri Selangor tidak bersungguh-sungguh menangani permasalahan harian yang terpaksa dihadapi oleh rakyatnya.
Demikian menurut pandangan Ketua Puteri UMNO Negeri Selangor, Salbiah Saari ketika mengulas mengenai isu keperluan asas yang terpaksa dihadapi oleh rakyat negeri itu terutama masalah catuan bekalan air bersih, kutipan sampah tidak teratur dan ancaman penyakit demam denggi.
“Masalah yang dekat di hati rakyat, yang dihadapi seharian ini telah lama berlaku, tetapi, kenapa sehingga sekarang ia masih lagi membelenggu penduduk di negeri yang paling maju ini?
“Di manakah komitmen mereka menjaga kebajikan dan kepentingan rakyat?
“Adakah mereka mahu Selangor terus menjuarai carta masalah air, sampah dan denggi?,” soalnya.
Menurutnya lagi, apabila membicarakan isu bekalan air, kerajaan pusat yang memikirkan kepentingan rakyat berbesar hati membantu dengan projek Langat 2 tetapi apa yang kerajaan negeri balas, masih berdolak-dalik seribu alasan.
“Projek 2009 itu jika dilaksanakan dahulu lagi, saya pasti masalah kekurangan bekalan air yang dihadapi oleh rakyat Selangor mampu diatasi kini.
“Mereka menolak Langat 2, tetapi rakyat pun tidak nampak apa perancangan jangka panjang mereka bagi mengatasi masalah air itu,”
Beliau turut berkata, masih segar diingatan apabila Menteri Besar (MB) Selangor di dalam membentang Belanjawan 2015 dahulu pernah mengutarakan isu kebersihan amat penting untuk menyelesaikan masalah–masalah yang membelenggu rakyat seperti demam denggi, banjir kilat dan aduan awam berkaitan sampah.
“Tetapi, di manakah kesudahannya jika pengutipan sampah domestik masih tidak tersusun, kadang-kadang mengikut jadual dan kerapnya sering tidak mengikut jadual.
“Dalam web idengue, kes harian denggi di negeri ini pada 28 Jun 2015 sahaja mencatatkan sebanyak 108 kes dan lebih mengejutkan jumlah kes terkumpul dari 4 Jan 2015 hingga 28 Jun 2015 sebanyak 32,592 kes.
“Paling banyak terjejas di Daerah Petaling, diikuti Hulu Langat, Sepang dan termasuk juga Gombak,” jelasnya lagi.
Beliau menambah, demi kepentingan rakyat, Kerajaan Persekutuan melalui agensi-agensinya juga turut membantu tetapi apa yang menjadi keutamaan adalah segala permasalahan yang berlaku perlulah ditangani dengan sebaiknya oleh Kerajaan Negeri Selangor dan mereka perlulah lebih bertanggungjawab.

AKHIRNYA WSJ & CNBC MENGAKU DI BAYAR UNTUK MEMFITNAH NAJIB.


BISMILLAHI ALLAHU AKBAR 

Ambe tak terkejut dan sudah menjangkakan Najib akan di desak dan di tekan tubi bertalu-talu oleh puak Pengadu domba. Sudah lama ambe mengesan Gerakan Anti Najib sejak beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri lagi. 

Sememangnya, ambe dapati wujud suatu Fitnah Terancang ke atas Najib sejak arwah Tun M meletak jawatan. Pada setiap masa arwah Tun M tetap mahu mendominasi Politik Negara. Alatnya yang paling ampuh dan efektif ialah arwah Anwar Ibrahim. Tapi arwah Tun M memang pandai Bersilat Dalam Gelanggang Politik. 

Salah satu kaedah beliau ialah menggunakan proksi-proksi lain untuk buat kerja-kerja kotor & jahat. Kemudian beliau akan isyithar diri sebagai Adiwira Penyelamat,

Sejak timbulnya kes pembunuhan Altantuya, Najib mula di serang dan di bunuh karekternya. Pada masa Najib menjadi PM, 'Goodwill' nya sebagai PM sudah merosot sehingga 40%. Dalam keadaan & situasi itu, para pengadu domba mencongak laluan mudah untuk menyingkirkan Najib bila tiba waktu yang mereka mahukan. 

Bagi memastikan Agenda mereka berjaya, para pengadu domba mengelilingi Najib dari semua sudut. Memberikan lapuran-laporan palsu dan tak benar mengenai sokongan rakyat. Memberikan pelan-pelan strategi & pelan tindakan yang pada congakan & dugaan mereka akan lebih membawa parah kepada Najib supaya mudah di tekan meletak jawatan. 

Pada masa yang sama, para pengadu domba memastikan agar BN terus berkuasa tapi menjadi sebuah kerajaan minoriti.Meletakkan BN sebagai kerajaan minoriti akan memudahkan pengadu domba meletakan semua kesalahan dan beban kekalahan kepada Najib. Pada pengadu domba ini memudahkan mereka menekan Najib meletak jawatan. 

Kenapa pengadu-domba memilih Najib sebagai Bidak Percaturan Kuasa ? 

Kerana pengadu domba amat mengenali semua kekuatan dan kelemahan Najib. Mereka sedar & tahu Najib seorang Politikus Gentleman. Dan setail politik Najib yang 'Menjaga Hati' semua pihak merupakan kelebihan buat pengadu domba. 

Sebaik sahaja keputusan PRU 13 diketahui , pengadu domba mula mempersalahkan semua 'Penasihat-penasihat' Najib. Dan kini, ramai penasihat-penasihat Najib menemui kematian dengan cara yang amat misterius seorang demi seorang. Bermula dari arwah TS J.J. 

Bukan itu sahaja, arwah Tun M pun mula membangkitkan kata-kata tuduhan kepada akar umbi UMNO sebagai bodoh dan macam-macam lagi. Akhirnya, Najib pun turut terlepas cakap, 'Bloger Bangang'. Ini semua adalah reaksi-reaksi yang para pengadu domba mahukan. 

Pengadu domba tahu Najib tak akan menghukum penentang-penentangnya disebabkan BN diletakkan dalam kondisi Kerajaan Minoriti oleh pengadu domba sendiri. Namun begitu Najib pernah memecat seorang pegawainya yang mengeluarkan kenyataan , "Pendatang".

Najib juga di pujuk halus untuk mempercayai bahawa pemansuhan ISA adalah cara terbaik mengembalikan keyakinan dan sokongan rakyat kepada BN. 

Pengadu domba juga merancang agar Najib sentiasa diberikan suatu gambaran sebagai PM yang lemah dan mengikut kehendak pembangkang. Tak mesra Melayu dan hanya mementingkan tim penasihat konsultannya.

Bagi menangani penyokong-penyokong Najib, pengadu domba menggunakan tektik & teknik 'Keletihan'. Yakni, melakukan serangan ofensif bertali-arus terhadap Najib. Di samping berusaha untuk melemahkan keyakinan para penyokongnya. 

Pengadu domba telah lama membina persepsi negatif terhadap Najib. Samada Najib sedar atau tidak, itu ambe tak tau lah. Yang ambe tahu & kenalpasti, Najib tak mudah patah semangat sepertimana congakan puak pengadu domba. 

Bilamana fitnah Pembunuhan Altantuya akhirnya menemui kegagalan, maka pengadu domba mula menyerang hebat polisi-polisi Najib. Ianya diberikan gambaran negatif. Ini bagi membangkitkan ketidakpuashati di kalangan akar umbi dan penyokong-penyokong Najib serta BN. 

Pengadu domba menggunakan segala usaha dan kaedah saikologi serta perang saraf bagi memastikaan Fitnah Terancang mereka berjaya. Apakan daya, dah namanya manusia. 

Manusia hanya boleh merancang tapi tak diberikuasa untuk menentukan keputusan perancangan mereka. Itulah yang berlaku ke atas mereka. Pengadu domba melakukan tipu daya dalam negeri. Sebenarnya, mereka menipu diri sendiri tapi mereka tak sedar. 

Fasa terakhir pengadu domba ialah bilamana arwah Tun M masuk gelanggang. Malangnya, congakan pengadu domba tak berapa menjadi. Kerana tiba-tiba masih muncul spesis RONIN yang tidak menyokong agenda mereka dan mempertahankan Najib. 

Spesis RONIN memang sukar untuk di bunuh kerana mereka membawa TIADA AGENDA. Mereka sukar di ramal. Mereka sukar untuk di kawal. Mereka sukar untuk di bunuh dengan apa cara sekalipun. 

Fitnah-mehnah terhadap Najib memang bersifat amat jahat dan curang. Sekarang ini, pengadu domba dapati mereka menemui Jalan Buntu dan misi mereka semakin menemui kegagalan. Bagi menyelamatkan saki-baki maruah mereka yang masih tersisa, mereka akan berkata, " Kami buat in semua agar semua fitnah-mehnah ke atas Najib ditangani awal. Kami nak selamatkan Najib sebenarnya". Hanya orang yang otak mereka berada di lutut sahaja akan mempercayai alasan-alasan berkenaan. 

Pengadu domba tak akan berhenti begitu sahaja, Mereka tetap meneruskan kerja-kerja jahat mereka. Tak mustahil mereka akan sabotaj PRU 14 nanti. Tapi mereka merancang, Allah Hu Ta'ala jua yang menentukan. 

Pada ramalan ambe, puak pengadu domba hanya mampu bertahan dalam tiga bulan sahaja. Selepas itu mereka akan berantakan sesama sendiri dan bertelingkah sesama sendiri sehingga mereka hancur lebur. 

Begitulah dengan segala memusang yang ada dan anai-anai yang ada. Mereka tak mampu bertahan lama dengan fitnah-mehnah mereka yang lemah.

JAS SALLEH