Thursday, 18 August 2016

APA JADI HOSPITAL TANJONG KARANG?

Ada pihak cuba timbulkan isu brkenaan Hospital Tg Karang..utk mkluman proses tender hospital telah selesai dan kontraktor pun telah dilantik..menunggu perlaksanaan drpd pihak kontraktor shj..inilah budaya pembangkang..mrk lebih suka mencari publisiti murah kononnya mrk memperjuangkan kebajikan rakyat..projek Hospital Tg Karang akan berjalan seperti yg dirancang kerana kjaan BN menepati janji bukan seperti kjaan Sgor yg ckp x serupa bikin..x perlu berlakon kononnya mrk berjuang utk rakyat..rkyat Sgor perlu buka mata..

Tunggu dan lihat...jika hospital Tg Karang dbuat adakah mrk akan undi BN pd p/raya ke 14? Cabaran sy kpd pembangkang..kalau hospital x buat juga ayuh kita kempen tolak BN d Tg Karang...tp kalau hospital dibuat ayuh kita kempen sokong BN..berani anda berjanji?

Monday, 30 May 2016

#PRKSungaiBesar : Parti Amanah Negara (PAN) akan tetap meletakkan calon parti itu bertanding di Pilihan Raya Kecil

Parti Amanah Negara (PAN) akan tetap meletakkan calon parti itu bertanding di Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala kangsar meskipun PKR mengambil sikap berkecuali, kata Pengarah Komunikasi PAN, Khalid Abdul Samad.

Beliau berkata secara prinsipnya mesyuarat Pakatan Harapan (PH) yang diadakan semalam telah bersetuju memberi mandat terhadap PAN untuk meletakkan calon di kedua-dua PRK itu.

“Perbincangan (PH) telah diadakan dan telah diputuskan bahawa PH akan meletakkan calon di kedua-dua kerusi pilihan raya.

“Secara prinsipnya dipersetujui yang akan mewakili PH adalah parti Amanah.

“Atas semangat yang sama telah pun disebut dan kita (PAN) tidak ambil hati, sekiranya PKR tidak membantu dalam PRK ini,” kata Khalid.

Jelas Khalid, beliau memahami dilema yang dihadapi PKR khususnya dalam Kerajaan Negeri Selangor pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

“PKR ini, dia hubungan dengan PAS. Pada masa sama, dia ada hubungan dengan Amanah. Maknanya dia (PKR) mahu mengambil sikap tidak membantu, dia nak duduk (berkecuali), dia tak nak bangun tolong sesiapa.

“Ahli-ahli (PKR) mungkin diberi (untuk calon PH), tetapi sebagai satu parti, mereka (PKR) tidak mahu membantu, bagi kami di Amanah, kami tidak ambil hati, sebab kita faham, kita tidak mahu kerana kita (PAN) bertanding, maka hubungan mereka (PKR) dengan PAS terjejas, kerajaan Selangor pun terjejas," katanya.

Sementara itu Khalid berkata calon-calon PAN bagi kedua-dua PRK itu bakal diumumkan pada Rabu ini.

“Kita letak banyak nama sebagai calon antaranya Mat Sabu (Presiden Amanah Mohamad Sabu) dan Nizar (Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin),” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata calon-calon itu juga tidak dikhususkan daripada di kalangan anak tempatan sahaja.

Friday, 27 May 2016

#PRKSungaiBesar : YB Budiman Mohd Zohdi Calon BN PRK Sungai Besar

SUNGAI BESAR – Budiman Mohd Zohdi diumumkan secara rasmi sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Sungai Besar.

Ianya diumumkan Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Command Center BN di Pasir Panjang di sini malam ini.

“Kita mahu calon dari orang Sungai Besar, orang muda dan bertenaga, yang dikenali dan bekerja keras untuk akar umbi, yang boleh pergi masjid, kuil, tokong dan turun ke sawah, laut dan sebagainya.“Calon itu tidak lain dan tidak bukan ialah Budiman bin Zohdi,” umum zahid.

Sambil mendapat tepukan gemuruh daripada hadirin yang hadir, Ahmad Zahid mengingatkan semua jentera parti tidak berkecil hati, tidak kecewa jika ada calon mereka tidak terpilih.

“Saya mahu semua jentera BN Sungai Besar berjanji utk bekerja keras dan jangan berkecil hati kerana semua calon sebenarnya terbaik. Tapi kita pilih yg terbaik daripada terbaik,” katanya.

Majlis itu turut dihadiri Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Setiausaha Agung BN, Tengku Adnan Tengku Mansor, Ketua Pemuda BN, Khairy Jamaluddin, Ketua Wanita BN, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Ketua Puteri BN, Datuk Mas Ermieyati Samsudin, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar dan Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Dato’ Jamal Md Yunos selaku tuan rumah.

Budiman merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang dan Naib Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar. 

Wednesday, 25 May 2016

Selepas parol dua bulan, Dr Khir Toyo bebas jumaat ini

Dr Mohamad Khir Toyo akan dibebaskan Jumaat ini daripada hukuman setahun penjara atas kesalahan rasuah selepas menjalani tempoh parol selama dua bulan sejak Mac

Pembebasan bekas menteri besar Selangor itu disahkan oleh pengarah parol Jabatan Penjara kepada Berita Harian hari ini.Datuk Abdul Aziz Abdul Razak dilaporkan sebagai berkata Dr Khir akan menandatangani dokumen pembebasannya di Pejabat Parol Daerah Klang kira-kira jam 10 pagi.

Pada 29 Mac lalu, ahli politik itu diberi parol selepas menjalani hukuman penjara enam bulan atas kesalahan menggunakan kedudukan untuk memperoleh tanah dan sebuah rumah besar di Shah Alam sembilan tahun lepas.Dalam tempoh itu, bekas wakil rakyat Sungai Panjang dikehendaki melaporkan diri ke pejabat parol daerah setiap minggu dan mesti mematuhi 41 syarat, lapor Bernama.

Syarat-syarat itu termasuklah beliau mesti berada di Shah Alam dan Petaling Jaya selama dua bulan tempoh parol dan berada di rumah antara pukul 7 malam hingga 7 pagi. Dalam pengawasan pegawai parol, Dr Khir yang dijatuhkan hukuman penjara 12 bulan juga tidak boleh mengeluarkan kenyataan kepada media.

Pada 22 September lepas, Mahkamah Persekutuan menolak rayuan akhirnya dan mengekalkan sabitan terhadap pertuduhan memperoleh untuk diri dan isterinya dua lot tanah dan sebuah banglo di Seksyen 7, Shah Alam.Hartanah itu dibeli pada harga RM3.5 juta daripada Ditamas Sdn Bhd sedangkan syarikat itu membayar RM6.5 juta untuk hartanah tersebut pada 23 Disember 2004.

Dr Khir, menteri besar dari Ogos 2000 hingga Februari 2008, didakwa berbuat demikian di kediaman rasminya di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7, Shah Alam, pada 29 Mei 2007.

Menjalani hukuman di Penjara Kajang, beliau didakwa bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

#PRKSungaiBesar : BN Perlu Bekerja Keras Pastikan Kemenangan PRK Sungai Besar - Ahmad Zahid

PUTRAJAYA, 25 Mei (Bernama) -- Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Barisan Nasional (BN) turun sebagai 'underdog' atau calon bukan pilihan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar 18 Jun ini, oleh itu BN perlu bekerja keras dan lebih bijaksana untuk menang.

Timbalan perdana menteri yang juga naib presiden UMNO itu berkata pada pilihan raya umum lalu, penyandang kerusi Sungai Besar Allahyarham Datuk Noriah Kasnon mengekalkan kerusi BN itu dengan kemenangan tipis.

"Di PRK Sungai Besar, kita lebih underdog kerana kita memperoleh kemenangan hanya 399 undi. Selain itu, kerajaan negeri juga dikuasai orang lain.

"Kita sedar kita harus bekerja keras dan lebih bijaksana untuk menangani segala permasalahan bagi memastikan kemenangan di Sungai Besar," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat penyelarasan penganjuran program kerajaan persekutuan di kawasan Parlimen Sungai Besar.

Mesyuarat hari ini diadakan untuk memastikan tiada pertindihan dari segi pelaksanaan program dan aktiviti yang bakal diadakan memandangkan Selangor dikuasai pembangkang.

*Gambar tiada niat lain..Sebagai restu..

-- BERNAMA --

Monday, 23 May 2016

#PRKSungaiBesar : SUNGAI BESAR BAKAL MENJADI HUB MAKSIAT????

Sebahagian daripada Parlimen Sg Besar iaitu Dun Sekinchan..Majoriti Penduduk di Dun Sekinchan adalah cina yang tak pernah berterima kasih dan tak pernah reti bersyukur.

Di kalangan penduduk tempatan sudah mengetahui bagaimana keadaan Sekinchan yang di kuasai oleh DAP.Sekinchan antara hub maksiat yang terkenal di Selangor.

Pusat judi dan rumah urut bagai cendawan tumbuh di Sekinchan..dan yang mengejutkan pelanggan tempat2 ini adalah MELAYU!!

Bagaimana ini boleh terjadi?Ada lesen ke semua pusat judi dan rumah urut tu?kalau ada siapa yang keluarkan lesen?PBT?PBT di bawah kuasa siapa?Kerajaan Negeri Selangorlah..!!!!

Ini adalah strategi DAP yang Anti Islam untuk merosakkan Melayu Islam..Diwujudkan pusat-pusat maksiat sebegini agar MELAYU hilang arah dan berpeleseran...dan akhirnya menguntungkan kaum mereka sendiri..

Jika Sungai Besar berpindah tangan kepada Pakatan Harapan ini lah yang akan terjadi!

Masa depan Sungai Besar di tangan anda wahai pengundi!

Jom tengok gambar rumah urut di Sekinchan!!!!!

#PRKP93SungaiBesar : 7 NAMA CALON YANG DISENARAI PENDEK

Menurut Pengerusi BN Selangor, Datuk Seri Noh Omar, yang juga pengarah PRK Parlimen Sungai Besar, Barisan Nasional Selangor telah mengemukakan 7 nama untuk dipertimbangkan sebagai calon pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar, 18 Jun ini.

Beliau juga yakin calon-calon ini disukai dan akan diterima pengundi di Parlimen Sungai Besar, namun BN Selangor menyerahkan kepada pucuk pimpinan tertinggi untuk membuat keputusan calon mana yang layak untuk bertanding dalam PRK nanti.

#PRKP93SungaiBesar

Sumber : www.barisannasional.org.my

Ikuti Perkembangan PRK Sg Besar Di Sini

Pelbagai maklumat ada sini..

Thursday, 21 January 2016

Tahniah Barisan Nasional Tanjong Karang!!!... Andalah yang terbaik membela nasib rakyat...

Tahniah BN Tanjong Karang...walaupun kaum cina tidak memberi undi pada pru 13 yang lepas, bantuan tetap dihulurkan kepada kaum Cina Pasir Penambang yang ditimpa musibah dilanda ribut baru-baru ini. 

Semalam 20/01/2016 lebih kurang jam 6.00 petang, Datuk Seri Noh Omar Ahli Parlimen Tanjong Karang merangkap Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor melakukan lawatan mengejut ke Pasir Penambang melawat mangsa serta meninjau kemusnahan dari ribut tersebut. 

Setiap kali berlaku bencana, setiap kali itulah segala bantuan akan diminta oleh masyarakat cina. 

Apabila dibuat program makan besar, mereka akan ramai-ramai keluar dan menunjukkan tanda sokongan. Tapi bila undi dikira, mereka masih tidak menyokong BN. 

Kalau difikirkan semua persoalan-persoalan ini, kita akan mempunyai seribu satu macam alasan untuk kita tidak berpuas hati dengan sikap kaum cina ini. 

Tapi tak perlulah kita analisa dalam-dalam. Buat penat saja. Sekilas ikan di air, tahu kita sama ada jantan atau betina.

Tongkat Melayu semua mereka suruh buang jauh-jauh, rupa-rupanya bila Melayu buang tongkat, mereka yang kutip dan pakai. Tak guna betul… mereka tipu Melayu hidup-hidup!!!

Nadi Tanjong Karang

Saturday, 9 January 2016

Gambar Bogel Pemimpin Muda PKR Bakal Didedah???????

Seksis atau gangguan seksual atau mungkin gila seks atau apakah gila seks sejenis?!!

Secara tiba-tiba kisah Pemuda PKR yang ‘menyentuh’ buah dada Halimah Nasoha menjadi viral di media sosial selepas Halimah secara keras menegur kepimpinan PKR Selangor yang dilihat lesu untuk membuktikan pimpinan tertinggi mereka bersih dan telus. 

Halimah yang dipecat selepas 24 jam mengeluarkan kenyataan keras itu disabitkan dengan tindakan beliau yang melanggar peraturan parti. Ia berkebetulan dengan kehangatan tindakan beliau yang meminta agar Azmin Ali membuktikan tuduhan Chegu Bard mengenai salahlaku dan penyelewengan yang dilakukan oleh Menteri Besar Selangor itu dengan segera.