PUTRAJAYA, 25 Mei (Bernama) -- Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Barisan Nasional (BN) turun sebagai 'underdog' atau calon bukan pilihan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar 18 Jun ini, oleh itu BN perlu bekerja keras dan lebih bijaksana untuk menang.
Timbalan perdana menteri yang juga naib presiden UMNO itu berkata pada pilihan raya umum lalu, penyandang kerusi Sungai Besar Allahyarham Datuk Noriah Kasnon mengekalkan kerusi BN itu dengan kemenangan tipis.
"Di PRK Sungai Besar, kita lebih underdog kerana kita memperoleh kemenangan hanya 399 undi. Selain itu, kerajaan negeri juga dikuasai orang lain.
"Kita sedar kita harus bekerja keras dan lebih bijaksana untuk menangani segala permasalahan bagi memastikan kemenangan di Sungai Besar," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat penyelarasan penganjuran program kerajaan persekutuan di kawasan Parlimen Sungai Besar.
Mesyuarat hari ini diadakan untuk memastikan tiada pertindihan dari segi pelaksanaan program dan aktiviti yang bakal diadakan memandangkan Selangor dikuasai pembangkang.
*Gambar tiada niat lain..Sebagai restu..
-- BERNAMA --
No comments:
Post a Comment