Sunday, 29 November 2015

DOSA TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN!

Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau tidak boleh tanggung dosa jika terus berdiam dalam hal RM 2.6 bilion masuk ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri.

Sebenarnya Tan Sri tidak perlu menanggung dosa jika ada penyelewengan wang rakyat dari derma RM 2.6 bilion itu kerana ia tanggungjawab Mohd Najib Tun Razak.

Yang patut Muhyiddin risaukan ialah dosa beliau sehingga gagal memantau dan mengawasi pinjaman RM 250 juta untuk lembu feedlot NFC yang akhirnya gagal dibawah pengawasan beliau sebagai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani ketika bersetuju dan meluluskan program tersebut.

Muhyiddin juga ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri telah diberi kuasa menyelesaikan kemelut ini tetapi sehingga beliau digugurkan tiada apa penyelesaian dan ketelusan pun timbul.

Muhyiddin juga patut bercakap soal dosa beliau meluluskan peruntukan Bestari net RM 633 juta kepada YTL semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran yang sehingga hari ini dianggap gagal mencapai matlamat. Ada yang menyatakan ia mencecah RM 1 bilion lebih kemudiannya.

Ketika Muhyiddin mahu bercakap soal dosa RM 2.6 bilion yang telah disahkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai tiada kaitan dengan dana kerajaan, bekas Timbalan Perdana Menteri mungkin perlu bercakap soal dosa sendiri.

Sebagai seorang muslim yang berada di penghujung usia tua, eloklah bercakap soal dosa sendiri dan mencari kemaafan berbanding berterusan bercakap soal “dosa” orang yang belum tentu benarnya. Eloklah Muyiddin bercakap soal dosa RM 250 juta dan RM 1 bilion di bawah pengawasannya terlebih dahulu.-MYKMU.NET

YUS JAMBU MENINGGAL DUNIA

Dalam kemaskini terbaru menerusi Facebook tengah malam ini, Afdlin Shauki telah menyampaikan berita sedih apabila Yus Jambu atau nama sebenarnya Yussry Bin Edoo, 39 telah pergi meninggalkan kita semua.

UPDATE-1: Maklumat awal mengatakan Yus Jambu mengalami sesak nafas di Hospital Selayang.

Punca dan sebab pemergian pelawak popular ini masih belum diketahui dan berita sedih ini sangat mengejutkan ramai pihak ketika ini. al-fatihah dan takziah buat keluarga Yus Jambu.

Wednesday, 25 November 2015

SEKATAN MEDIA PADA PERSIDANGAN UMNO KALI INI?APA DAH JADI??

Keputusan muktamad belum dibuat sama ada Perhimpunan Agung UMNO 2015 akan berlangsung secara tertutup tanpa liputan media, kata setiausaha agung parti itu Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Beliau berkata sekiranya media mengawal tatalaku mereka dan tidak memutarbelitkan cerita, UMNO mungkin membenarkan mereka membuat liputan.

“Sebab, masalahnya ialah kerana anda semua. Apabila kami adakan perhimpunan secara terbuka, anda suka pilih cerita dan putar belit cerita tentang kami. Kalau anda boleh jaga perangai, saya juga boleh buat begitu. Saya boleh membukanya kepada anda semua.

“Tunggulah sekejap. Kami akan beritahu keputusannya kepada anda. Jangan bimbang, belum lagi, keputusan belum dibuat lagi. Saya akan maklumkan kepada anda tidak lama lagi,” katanya kepada pemberita di lobi Bangunan Parlimen di sini, hari ini.

Dalam sidang akhbar terdahulu, Tengku Adnan berkata UMNO membuat keputusan bahawa perhimpunan agungnya pada bulan depan akan diadakan secra tertutup tanpa liputan media termasuk media arus perdana, bagi mengelak berlakunya manipulasi berita.

Menurutnya ada kecenderungan dalam kalangan media khususnya media dalam talian dan portal berita untuk menyiarkan berita tidak betul dan memutarbelitkan fakta.

Kemudian, Naib Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri berkata keputusan itu belum dibincangkan Majlis Tertinggi parti.