Monday, 16 March 2015

APA DAH JADI???!!PAS BATU TOLAK KEPIMPINAN HADI AWANG SEBAGAI PRESIDEN!!

Kecewa dan kesal terhadap sikap kepimpinan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, PAS Batu hari ini mengistiharkan untuk bermufarakah dari kepimpinan pusat parti serta meletakkan jawatan mereka.

Perkara ini adalah kerana sikap Presiden PAS, Hadi Awang yang mengenepikan kerjasama dalam Pakatan Rakyat terutama kepada DAP. "Sebagai parti Islam yang telah lama dalam arena politik tanahair, kami mengisytiharkan bahawa kami bermufarakah daripada kepimpinan PAS yang sekarang dan kepimpinan PAS kawasan Batu sehingga PAS kembali bersatu bersama DAP & PKR," kata Ishak Surin, YDP PAS Kawasan Batu.

PAS Batu juga mengambil ketetapan bahawa tidak akan mengadakan mesyuarat PAS samada di peringkat cawangan mahupun bahagian sehingga Hadi Awang tunduk kepada DAP.


PUNAI BROOOOOOO!!



No comments:

Post a Comment