Assalamualaikum..
Jam 1.30 pagi sy dikejutkan dengan tersiarnya gambar sy bersama dengan sekumpulan mujahideen yang berasal.dari Malaysia sewaktu saya bersama Malaysia Life Line For Syria melakukan Misi Bantuan Kemanusiaan Ramadhan Relief 2.0 di Syria Ramadhan yang lepas..
Disini sy nak tegaskan bahawa,kami tidak terlibat pun dalam sebarang aktiviti militan di Syria..kami selaku NGO yang bertanggungjawab membawa amanah rakyat Malaysia yg ingin membantu meringankan beban rakyat Syria yg sedang diancam peperangan..tak lebih dari itu..
Apa yg sy kesalkan adalah segelintir daripada masyarakat yang telah menuduh kami sebagai penyumbang kepada aktiviti militan disana..
Itu satu tuduhan liar dan tidak berasas sama sekali!!
Sy nak menerangkan keadaan sebenar sewaktu perjumpaan ini berlaku..perjumpaan ini adalah tidak disengajakan sewaktu kami (Malaysia Life Line For Syria) sedang menyampaikan bantuan keperluan makanan kepada penduduk sebuah perkampungan di Kafr Zeita Hama,secara kebetulan terserempak dengan kumpulan dari Malaysia ini yg diketuai oleh Allahyarham Ustaz Lotfi..kami bertegur sapa atas dasar mereka juga adalah rakyat Malaysia yg pada ketika itu mereka menyertai kumpulan mujahideen dari Ajnadusy Syam..
Tetapi tak dinafikan bahawa mereka (kumpulan mujahideen Dari Malaysia) ke sana adalah untuk menyertai IS..cuma belum mempunyai ruang atau masih dalam keadaan keliru tentang dasar perjuangan sebenar mereka..wallahhu'alam..
Baik,sy cuma memperjelaskan keadaan..sehingga kini sy dah menerima beberapa mesej berkaitan yg membuat tuduhan liar dan tak berasas..tak tahu tanya dulu..sy terpaksa memadam beberapa post di FB sy..
Justeru itu,kepada yg menilai kami sama,anda silap..kami hanya NGO yg ke sana untuk menyampaikan amanah daripada rakyat Malaysia..kami bukan militan ya..kena faham tugas kami adalah sebagai pekerja kemanusiaan..
Kepada Sinar Harian pula sy nak ingatkan,akhbar ini perlu belajar lagi tentang etika penyiaran gambar..Ini berita paling mengejutkan sy..perbuatan Sinar Harian ni seolah2 tak ada etika dalam penyiaran sebarang gambar..
Sekian penjelasan daripada saya..
Aizad Juraimi
No comments:
Post a Comment