KUALA LUMPUR: Kerajaan akan tetap melaksanakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) bermula 1 April 2015, seperti yang diluluskan di Parlimen dan tidak berhasrat untuk menangguhkan tarikh pelaksanaannya.
Mengikut Kementerian Kewangan, hingga semalam sebanyak 353,372 syarikat berdaftar di bawah GST, dan ini menunjukkan perniagaan pada umumnya menyokong dan bersedia untuk pelaksanaan GST di Malaysia.
"Sebarang penangguhan juga akan memberi impak negatif ke atas penarafan kredit Malaysia kerana pelaksanaan GST adalah satu langkah pengukuhan fiskal yang amat penting untuk memastikan kemapanan ekonomi negara," kata kementerian dalam kenyataan di sini hari ini.
Kementerian menjelaskan bahawa kerajaan perlu mempelbagaikan sumber hasil kewangan dan tidak hanya bergantung kepada hasil komoditi seperti petroleum dan kelapa sawit.

No comments:
Post a Comment