Monday, 30 March 2015

KENALI PEMIMPIN KITA : NOH OMAR BERJIWA RAKYAT





Y.B. Datuk Seri Haji Noh bin Omar merupakan ahli parlimen Tanjong Karang..Beliau dilahirkan pada 23 Februari 1958 di Sungai Burong, Tanjung Karang, Selangor. Beliau pernah menjadi Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri dan Timbalan Menteri Pelajaran, Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri. Isteri beliau adalah Prof. Datin Dr. Aishah Salleh.

Noh mula mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Sungai Burong pada tahun 1965. Selepas menamatkan pengajian sekolah menengah di Sekolah Menengah Aminuddin Baki pada 1977, beliau memasuki Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim bagi mengikuti kursus latihan asas perguruan. Beliau juga menyambung pelajarannya ke Thames University.

Beliau memulakan kerjaya sebagai seorang guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abdul Aziz Shah, Kula Selangor pada tahun 1983. Setelah pulang dari Thames University, beliau berkhidmat sebagai Pegawai Perundangan di Majlis Amanah Rakyat (MARA) pada tahun 1988 sebelum membuka firma guaman, Ahmad Famy & Noh.

Beliau memulakan arena politiknya setelah menyertai UMNO di cawangan Parit 2, Sungai Burong , Selangor. Beliau pernah memikul tugas banyak jawatan dalam UMNO iaitu Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tanjung Karang, Ahli Jawatankuasa Badan Perhubungan Negeri Selangor, Ketua UMNO Bahagian Tanjong Karang, dan dipilih sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO pada tahun 2004. Beliau juga pernah dipilih sebagai Pengerusi, Pertubuhan Alumni Kelab UMNO Luar Negeri serta Presiden Kelab UMNO di United Kingdom dan Eire.
Pada tahun 1995, beliau memenangi kerusi Parlimen Tanjung Karang dan mempertahankan pada tahun 1999, 2004 ,2008 dan 2013..

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, Noh Bin Omar bertanding menggunakan tiket Barisan Nasional . Beliau telah bertanding di kawasan parlimen Tanjong Karang , negeriSelangor. Noh Bin Omar telah menang dengan mendapat undi sebanyak 16073.
Calon lawan ialah peguam Mohamed Hanipa Maidin dari PAS mendapat 12,253 undi - Kalah . Peratus pengundi yang keluar ialah 79 %. Undi rosak sebanyak 674.

No comments:

Post a Comment